Setiap tan/hektar/taun memberi perbezaan yang sangat besar dari segi pendapatan ($$) dalam pengeluaran tandan sawit segar (FFB). Bandingkan sebagai contoh setiap tan FFB pada harga RM500/tan, seorang pekebun kecil hanya mendapat RM833 [(RM500 x 20tan)/12bulan] sebulan untuk ladang yang berkeluasan 1 hektar walhal dia sepatutnya mendapat RM1,458 {(RM500 x 35tan)/12bulan)] sebulan sepertimana sebuah syarikat besar boleh perolehi. Ini merupakan perbezaaan sehingga 75% dari segi pendapatan $$ dan juga merupakan suatu kerugian besar sebab pekebun kecil atau anda sebagai pengusaha ladang tidak dapat mengoptimasikan pendapatan wang ringgit ke tahap yang maksima untuk keluasan ladang anda. Jadi ini adalah suatu pembaziran dari segi kegunaan tanah, masa dan usaha (space, time & effort).
Faktor utama yang sedia diketahui umum ialah system pengurusan ladang tetapi ramai yang tidak tahu (di kalangan pekebun keci) yang pemilihan benih yang betul adalah factor yang lebih penting dalam menentukan pengeluaran FFB. Boleh dikatakan, semua orang boleh menanam pokok sawit dan pokok sawit tersebut akan hidup, semua orang boleh buat.. tetapi tidak gerenti yang pokok sawit tersebut akan mengeluarkan buah FFB yang banyak. Jadi, pemilihan anak benih dari asal biji benih yang berkualiti beserta dengan kaedah pengurusan yang baik adalah sangat penting. Biji benih melalui hasil kajian AAR , contohnya, boleh menghasilkan FFB sehingga 40tan/hek/taun dan jenis ini juga mempunyai saiz FFB yang sederhana besar tetapi mempunyai banyak tandan dan pokok yang rendah. Ini adalah penting bagi memudahkan pengendalian (handling). Adalah tidak mudah untuk menuai satu tandan sawit yang seberat lebih 20kgs dan pokoknya yang rendah memudahkan dan mempercepatkan proses penuaian, oleh itu akan mengurangkan kos. Kaedah pengurusan yang baik haruslah melalui proses pengawalan air, baja, fotosentesis (cukup sinaran matahari), penakaian, penyusunan dan saiz polybag yang betul. Kawalan kualiti di tapak semaian berlesen dipantau ketat oleh MPOB bagi menjamain mutu pengeluaran. Satu lagi perkara penting ialah pembelian anak sawit dari tapak semaian berlesen akan disertai dengan resit rasmi MPOB yang akan membolehkan anda mendapatkan lesen penjualan buah sawit (FFB) pada masa akan dating. Ketiadaan lessen penjualan buah sawit (FFB) akan mengakibatkan anda tidak dapat menjual FFB pada harga pasaran. Di dalam topic-topik akan dating, saya akan berkongsi maklumat mengenai teknik penakaian.